Untuk masakan sayuran yang paling mudah dan cepat penulis ingin mengajar anda kali ini ialah masak Kubis Goreng Kunyit Mak. Masakan tersebut amat mudah disediakan jika anda semua mahu memasak dengan cepat sewaktu kesuntukan masa terutamanya buat penuntut-penuntut yang belajar di universiti kerana ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
Disamping itu, bahan-bahan penyediaannya juga tidak terlalu banyak. Jadi ini akan memudahkan anda semua untuk membuatnya.
Disamping itu, bahan-bahan penyediaannya juga tidak terlalu banyak. Jadi ini akan memudahkan anda semua untuk membuatnya.
Bahan-bahan:
600 gm kubis - dipotong halus
1 sudu besar serbuk kas-kas
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sm halia - dimayang
1 tangkai cili merah - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
100 gm udang - dibuang kulit dan dibersihkan
1 biji tomato - dihiris nipis
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan cili merah yang dimayang.
2. Masukkan udang dan kacau bersama bawang besar dan cili merah.
3. Apabila bawang besar dan cili merah mulai agak layu, masukkan air.
4. Barulah dimasukkan serbuk kunyit, halia, tomato dan serbuk kas-kas.
5. Kacau hinga berbau wangi.
6. Akhir sekali, masukkan kubis dan garam. Kacau rata sebelum diangkat.
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.