Pada resipi masakan bonda penulis yang telah di masak hari ini adalah "Sambal Udang Kering" sebagai pembuka selera sebelum menjamu juadah yang telah disediakan oleh bonda penulis. Lantas penulis ingin berkongsikan kepada anda semua cara penghasilannya.
Untuk resipi kali ini ianya amat mudah untuk dimasak kerana ia tidak memerlukan modal yang besar untuk anda semua berbelanja bagi mendapatkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan kerana ia bergantung kepada citarasa anda sebenarnya. Jadi resipi ini boleh dibuat khususnya kepada para pelajar yang tinggal di Universiti misalnya disamping dapat menjimatkan masa dan yang paling penting ia sedap dimakan dengan nasi putih ataupun begitu sahaja.
Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan dan proses-proses memasaknya :
Bahan-bahan:
300 gm udang kering
35 tangkai cili kering - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
6 batang serai - dikisar
1/2 inci kunyit hidup - dikisar
2 sudu asam jawa - diambil jusnya
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/4 cawan air
8 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng garing
5 sudu besar minyak
Cara menyediakan:
35 tangkai cili kering - dikisar
6 ulas bawang merah - dikisar
6 batang serai - dikisar
1/2 inci kunyit hidup - dikisar
2 sudu asam jawa - diambil jusnya
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/4 cawan air
8 ulas bawang merah - dihiris dan digoreng garing
5 sudu besar minyak
Cara menyediakan:
1. Rendamkan udang kering selama sejam.
2. Bersihkan, tus dan keringkan.
3. Kisar udang kering ini sehingga halus.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
6. Masukkan udang kering yang telah dikisar halus tadi.
7. Masukkan juga air asam jawa, gula dan serbuk perasa.
8. Goreng sehingga bahan-bahan ini kering.
9. Angkat. Apabila sejuk, tambahkan bawang goreng.
10. Boleh dihidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.
2. Bersihkan, tus dan keringkan.
3. Kisar udang kering ini sehingga halus.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
6. Masukkan udang kering yang telah dikisar halus tadi.
7. Masukkan juga air asam jawa, gula dan serbuk perasa.
8. Goreng sehingga bahan-bahan ini kering.
9. Angkat. Apabila sejuk, tambahkan bawang goreng.
10. Boleh dihidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.
Anda juga boleh mempelbagaikan lagi hidangan ini dengan pelbagai menu seperti ikan bilis, ayam atau daging mengikut citarasa anda sekalian. Diharapkan anda semua selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment