Jika sebelum ini penulis banyak berkongsikan resipi berkaitan makan tetapi kali ini penulis ingin memberikan sajian berkaitan tentang minuman pula kerana minuman juga merupakan salah satu sajian penting tanpa minuman seseorang itu akan tercekik ketika makan atau kepedasan termakan cili. Oleh itu, untuk entri kali ini penulis cuba memberikan hidangan minuman yang cukup istimewa iaitu "Jus Naga Merah". Minuman ini merupakan minuman yang dapat mengembalikan tenaga dan lesu badan kerana ianya kaya dengan khasiat pelbagai vitamin yang diperlukan oleh tubuh disamping dapat melicinkan kulit anda. Ianya terlalu mudah dan pantas untuk dibuat tidak sampai 5 minit anda mampu menghasilkan minuman tersebut.
Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 potong buah naga merah
- 1 sudu makan air gula
- Beberapa ketulan ais
- Kisarkan buah naga bersama air gula dan juga ketulan ais hingga hancur dengan menggunakan mesin pengisar.
- Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan sedikit ketulan ais.
- Sedia dinikmati.
Sebagai maklumat tambahan buat anda semua pokok naga ini seperti pokok kektus dan ia mengambil tempoh selama 3 tahun untuk ia berbuah. Cara menanamnya amat mudah hanya ditanam pada kawasan tanah yang sesuai dan dicacakkan tiang kayu sebagai tempat ia menjalar atau tanam ditepi pokok yang membesar seperti pokok pelam. Anda hanya perlu tanam batangnya sahaja dan di baja untuk proses mencepatkan lagi pokok itu berbuah. Selamat mencuba. Untuk gambaran lebih jelas lagi anda boleh melihat gambar pokok tersebut dibawah ini.
No comments:
Post a Comment