-->
Mudah, Cepat & Sedap


Create by CSI Art
  • Home
  • Pengenalan
  • Masakan Jawa
  • Sayuran
  • Info Tambahan
  • Penulis Pena

Tuesday, 15 November 2011

17. Khasiat Peria


R
upanya yang menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese. 

Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi  konstituen-phyto  unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin. 

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.

Tip mengenai peria:
• Pilih peria yang belum masak dan masih keras
• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.

Inilah yang diamalkan oleh bonda penulis bagi menjaga kesihatan beliau.
Posted by semudah itu sahaja at 00:50
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Info Tambahan

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Graduation tickers

Maklumat Tambahan

Hargai Masa

Anda Adalah Pelawat Ke-
Jadilah Pertama yang "LIKE"
Chef Syamin Ismail
Cik Syamin Ismail

Reka Lencana Anda

Peminat Setia

Makmasaksedap Crew

Get tutorial here

Perkongsian Pintar

Catatan Popular

get this widget here

Pelawat

free counters

Labels

Biskut (3) Info Tambahan (5) Kek (1) Kuih Muih (3) Masakan Jawa (2) Minuman (1) Nukilan Pena (1) Petua Dapur (4) Sayuran (3)

Catatan Harian

Jumlah Post & Komen

get this

Blog-Blog Saya

  • 9W2VSI
    Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram - Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanak...
    12 years ago
  • Jus Klik Klik Jew
    Cara Letak Kod HTML/javascript Di Blog - Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog...
    13 years ago
..
© 2011 Mak Masak Sedap. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.