-->
Mudah, Cepat & Sedap


Create by CSI Art
  • Home
  • Pengenalan
  • Masakan Jawa
  • Sayuran
  • Info Tambahan
  • Penulis Pena

Tuesday, 15 November 2011

23. Kubis Goreng Kunyit Mak


Untuk masakan sayuran yang paling mudah dan cepat penulis ingin mengajar anda kali ini ialah masak Kubis Goreng Kunyit Mak. Masakan tersebut amat mudah disediakan jika anda semua mahu memasak dengan cepat sewaktu kesuntukan masa terutamanya buat penuntut-penuntut yang belajar di universiti kerana ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

Disamping itu, bahan-bahan penyediaannya juga tidak terlalu banyak. Jadi ini akan memudahkan anda semua untuk membuatnya.

Bahan-bahan:

600 gm kubis - dipotong halus
1 sudu besar serbuk kas-kas
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sm halia - dimayang 
1 tangkai cili merah - dimayang
1 labu bawang besar - dimayang
100 gm udang - dibuang kulit dan dibersihkan
1 biji tomato - dihiris nipis
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan cili merah yang dimayang.
2. Masukkan udang dan kacau bersama bawang besar dan cili merah.
3. Apabila bawang besar dan cili merah mulai agak layu, masukkan air.
4. Barulah dimasukkan serbuk kunyit, halia, tomato dan serbuk kas-kas.
5. Kacau hinga berbau wangi.
6. Akhir sekali, masukkan kubis dan garam. Kacau rata sebelum diangkat.

Selamat mencuba.
Posted by semudah itu sahaja at 01:29 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Sayuran

22. Masak Lemak Pisang Pucuk Paku Mak

Masak lemak sememangnya masakan yang sangat sedap untuk dimakan ketika waktu makan tengahari. Oleh itu, penulis ingin berkongsikan resipi masak lemak yang telah dipelbagaikan oleh bonda penulis bagi memberikan kelainan serta menyuntikan resipi jawa terhadap masakan tersebut.



Bahan-bahan:

10 biji pisang lemak manis
1 ikat pucuk paku
300 ml santan pekat
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk dikisar:

10 tangkai cili padi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sm kunyit hidup
40 gm ikan bilis
1 sudu besar lada hitam


Cara menyediakan:

1. Pisang dibersihkan dan dipotong ikut suka.
2. Rendamkan di dalam air. Kemudian tuskan.
3. Tuangkan santan di dalam periuk.
4. Masukkan bahan-bahan kisar serta asam gelugur.
5. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga mendidih.
6. Masukkan pula pisang dan pucuk paku.
7. Tambahkan garam.
8. Masak sehingga pisang empuk.
9. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas.

Selamat mencuba.
Posted by semudah itu sahaja at 01:23 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Sayuran

21. Talam Keladi Mak


Pada waktu petang amat sesuai jika terdapat juadah yang dapat mengisi kekosongan ketika bersama keluarga di rumah. Jadi anda boleh mencuba resipi kuih Talam Keladi ini untuk di nikmati seisi keluarga.

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu
1 1/2 cawan gula
3 1/4 cawan santan
1 cawan keladi - dipotong dadu & direbus empuk
Sedikit pewarna ungu
Sedikit perisa keladi
Secubit garam

Cara Menyediakan:
1. Satukan tepung beras, tepung sagu, gula dan garam dalam satu bekas. Kacau hingga rata.
2. Masukkan santan dan kacau hingga gula larut kemudian dibahagi dua. Satu bahagian dibiarkan berwarna putih manakala satu bahagian lagi diwarnakan ungu dan dicampurkan dengan isi keladi serta perisa keladi.
3. Panaskan loyang kecil dalam periuk kukus kemudian masukkan 1 1/2 senduk adunan putih dan kukus hingga masak. Tuangkan 1 1/2 senduk lagi adunan putih ke atasnya lalu dikukus lagi hingga masak. Ulang proses mengukus selapis hingga habis kesemua adunan putih.
4. Tuangkan pula 1 1/2 senduk adunan ungu ke atas lapisan putih dan kukus sehingga masak. Ulang mengukus selapis demi selapis hingga habis kesemua adunan ungu.
(Talam ini juga boleh dikukus berselang-seli antara adunan ungu dan putih)

Selamat mencuba.
Posted by semudah itu sahaja at 01:18 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kuih Muih

20. Biskut Makmur Mak

Bagi resipi biskut kali ini penulis ingin mengajak anda membuat Biskut Makmur. Mungkin terdapat sebahagian dikalangan anda tidak mengetahui akan biskut ini terutamanya golongan remaja pada masa kini.

Oleh itu, penulis sengaja untuk berkongsi akan resipi tradisional ini agar ia tidak dilupai pada masa akan datang.

Bahan-bahan 

Tepung Gandum ( 1 kg )
Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
Telur ( 3 Biji )
Gula Aising

Cara-cara

1. Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.
2. Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.
3. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
4. Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
5. Cairkan minyak sapi
6. Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.
7. Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.
8. Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
9. Biskut yang suda masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising. Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba penulis ucapkan.
Posted by semudah itu sahaja at 01:12 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Biskut

19. Biskut Semperit Mak


Bagi resipi biskut penulis ingin memberikan resipi biskut yang biasa dibuat oleh bonda setiap kali menjelangnya musim perayaan terutamanya pada Hari Raya Aidilfitri iaitu Biskut Semperit. Walaupun kedengaran namanya agak terlalu tradisional tetapi nilai rasa terhadap biskut itu sukar untuk diucapkan kerana ke enakannya setelah memakannya.

BAHAN-BAHAN:
 250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.
5. Terapkan di atas dulang pem­bakar  dan  bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.

Semoga anda semua dapat mencubanya.
Posted by semudah itu sahaja at 01:04 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Biskut
Older Posts Home
View mobile version
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Graduation tickers

Maklumat Tambahan

Hargai Masa

Anda Adalah Pelawat Ke-
Jadilah Pertama yang "LIKE"
Chef Syamin Ismail
Cik Syamin Ismail

Reka Lencana Anda

Peminat Setia

Makmasaksedap Crew

Get tutorial here

Perkongsian Pintar

Catatan Popular

get this widget here

Pelawat

free counters

Labels

Biskut (3) Info Tambahan (5) Kek (1) Kuih Muih (3) Masakan Jawa (2) Minuman (1) Nukilan Pena (1) Petua Dapur (4) Sayuran (3)

Catatan Harian

Jumlah Post & Komen

get this

Blog-Blog Saya

  • 9W2VSI
    Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram - Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanak...
    12 years ago
  • Jus Klik Klik Jew
    Cara Letak Kod HTML/javascript Di Blog - Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog...
    13 years ago
..
© 2011 Mak Masak Sedap. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.