-->
Mudah, Cepat & Sedap


Create by CSI Art
  • Home
  • Pengenalan
  • Masakan Jawa
  • Sayuran
  • Info Tambahan
  • Penulis Pena

Tuesday, 15 November 2011

18. Apa Kelebihannya Kacang Hijau dan Tauge


Masyarakat India khususnya amat gemar menggunakan kacang hijau dalam masakan mereka. Kacang hijau digunakan untuk membuat sup, dimasak bersama sayur dan nasi, dikisar menjadi tepung untuk membuat roti. Ia juga direbus dan dilenyek untuk membuat manisan, serta dimakan bersama roti atau menjadi inti pastri.

Oleh itu, penulis tertarik untuk berkongsikan apakah kelebihan yang terdapat pada kacang hijau dan tauge ini kepada anda semua.
Ketahui Khasiat Kacang Hijau
1. Secawan kacang hijau yang direbus tanpa garam hanya mengandungi 26 kalori tanpa lemak, dan ia juga bebas kolesterol. Jika dimakan dengan kulit hijaunya, kacang ini amat baik untuk kesihatan jantung. Sungguhpun begitu kandungan fibernya tidak setinggi kekacang lain.
2. Kacang hijau mengandungi karbohidrat yang rendah berbanding kekacang lain. Bagi mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat, kacang hijau adalah pilihan yang baik kerana ia mengenyangkan.
3. Kacang hijau adalah sumber vitamin C yang baik dan turut mengandungi vitamin K dan B6.
4. Kacang ini juga kaya zat galian seperti potassium, fosforus, magnesium dan kalsium.
Selain itu, hasilan kacang hijau seperti tauge juga tidak kurang khasiatnya. Secawan tauge mengandungi seperempat jumlah vitamin C yang kita perlukan setiap hari. Ia juga mengandungi sedikit protein dan folate.
Tauge juga kaya dengan thiamin, magnesium dan fosforus. Malah mengandungi vitamin E yang dikatakan boleh meningkatkan kesuburan.
Jadi, jangan lupa gunakan tauge sebagai hidangan sayuran anda; sama ada dibuat kerabu, salad atau digoreng.

Posted by semudah itu sahaja at 00:54
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Info Tambahan

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Graduation tickers

Maklumat Tambahan

Hargai Masa

Anda Adalah Pelawat Ke-
Jadilah Pertama yang "LIKE"
Chef Syamin Ismail
Cik Syamin Ismail

Reka Lencana Anda

Peminat Setia

Makmasaksedap Crew

Get tutorial here

Perkongsian Pintar

Catatan Popular

get this widget here

Pelawat

free counters

Labels

Biskut (3) Info Tambahan (5) Kek (1) Kuih Muih (3) Masakan Jawa (2) Minuman (1) Nukilan Pena (1) Petua Dapur (4) Sayuran (3)

Catatan Harian

Jumlah Post & Komen

get this

Blog-Blog Saya

  • 9W2VSI
    Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram - Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanak...
    12 years ago
  • Jus Klik Klik Jew
    Cara Letak Kod HTML/javascript Di Blog - Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog...
    13 years ago
..
© 2011 Mak Masak Sedap. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.