-->
Mudah, Cepat & Sedap


Create by CSI Art
  • Home
  • Pengenalan
  • Masakan Jawa
  • Sayuran
  • Info Tambahan
  • Penulis Pena

Tuesday, 8 November 2011

7. Kek Coklat Kukus Mak


Kek merupakan makanan yang amat di gemari oleh setiap masyarakat baik daripada golongan kanak-kanak sehingga golongan dewasa. Secara amnya, kek ini sejenis manis yang sangat manis disamping mempunyai pelbagai tatarias yang dapat dilihat seperti kelihatan Istana, Kartun, Pokok, Kereta dan lain-lain lagi. Oleh itu, untuk resipi kali ini penulis ingin mengajak anda semua membuat kek yang sangat mudah tetapi sangat sedap untuk dimakan seisi keluarga iaitu Kek Coklat Kukus Mak. Melihat namanya sahaja penulis sudah pasti anda semua tidak sabar-sabar untuk mengetahui cara-cara membuatnya bukan.




Baiklah, penulis telah menyenaraikan antara keperluan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kek coklat tersebut. Ianya tidak memerlukan bahan yang terlalu mahal dan banyak kerana ia terlalu mudah untuk dihasilkan. anda semua boleh melihat antara bahan-bahan yang diperluakan seperti dibawah ini.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan serbuk coklat 
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan marjerin cair
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:


  1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
  2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan  ayak.
  5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
  6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
  7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
  8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.


Sebagai tips tambahan penulis ingin memberitahu adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar agar apabila ia masak tidak terkeluar isi kek tersebut jikan menggunakan loyang yang kecil.


Selamat mencuba penulis ucapkan buat anda semua.
Posted by semudah itu sahaja at 20:59
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kek

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Graduation tickers

Maklumat Tambahan

Hargai Masa

Anda Adalah Pelawat Ke-
Jadilah Pertama yang "LIKE"
Chef Syamin Ismail
Cik Syamin Ismail

Reka Lencana Anda

Peminat Setia

Makmasaksedap Crew

Get tutorial here

Perkongsian Pintar

Catatan Popular

get this widget here

Pelawat

free counters

Labels

Biskut (3) Info Tambahan (5) Kek (1) Kuih Muih (3) Masakan Jawa (2) Minuman (1) Nukilan Pena (1) Petua Dapur (4) Sayuran (3)

Catatan Harian

Jumlah Post & Komen

get this

Blog-Blog Saya

  • 9W2VSI
    Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram - Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanak...
    12 years ago
  • Jus Klik Klik Jew
    Cara Letak Kod HTML/javascript Di Blog - Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog...
    13 years ago
..
© 2011 Mak Masak Sedap. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.