Sebagaimana bayam yang dipopularkan oleh siri kartun Popeye, lobak juga menjadi pilihan ramai kanak-kanak menerusi siri kartun yang paling popular, Bugs Bunny. Melihat gelagat arnad ini yang sentiasa mengunyah lobak dengan asyiknya membuatkan para ibubapa tidak mempunyai masalah untuk memujuk anak-anak mereka untuk memakan tumbuhan yang berkhasiat ini. Selain itu, rasanya yang manis berbanding sayuran lain yang pahit membuatkan ia menjadi antara sayuran pilihan ramai.

Beta karoten ini merupakan sejenis nutrien yang banyak terdapat dalam buahan dan sayuran yang berwarna jingga, juga terdapat nutrien antikanser yang dapatmengurangkan risiko untuk mendapat kanser. Selain itu, jus lobak yang sedap itu sebenarnya ia dapat meningkatkan tenaga anda untuk anda melakukan aktiviti seharian jadi ia adalah sangat baik dan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.
Sup lobak pula berupaya untuk merawat cirit-birit yang berterusan dan juga mampu menghalang sembelit. Selain itu, ia melindungi anda daripada bahan kimia bertoksid. Tanpa kita sedari, kita terdedah kepada bahan toksi disebabkan pencemaran yang berleluasa, jadi amalan memakan lobak dalam diet seharian kita mampu untuk melindungi diri kita daripada bahan beracun ini.
Berita baik untuk si perokok yang ingin meninggalkan tabiat buruk ini. Anda hanya perlu mengunyah sebatang lobak sekiranya anda teringin menghisap rokok kerana dengan cara ini ia berkesan untyk menghentikan tabiat merokok dan menghentikan ketagihan dalam masa dua minggu sahaja. Jadi diharapkan bagi dikalangan perokok tegar anda boleh mencuba cara ini untuk berhenti tabiat merokok itu.
No comments:
Post a Comment