-->
Mudah, Cepat & Sedap


Create by CSI Art
  • Home
  • Pengenalan
  • Masakan Jawa
  • Sayuran
  • Info Tambahan
  • Penulis Pena

Tuesday, 8 November 2011

8. Roti Sardin Goreng Mak


Juadah yang paling sesuai untuk dimakan ketika waktu petang saat beriadah bersama keluarga di halaman rumah adalah juadah yang mudah, cepat dihasilkan tetapi sedap untuk dimakan ketika masih panas-panas.

Oleh itu, penulis pun berfikir sejenak apakah makanan kudapan petang itu yang dimaksudkan oleh bonda penulis. Lantas penulis hairan melihatkan bahan-bahan yang bakal dimasak oleh bonda pada petang itu kerana kelihatan ianya terlalu mudah dan tidak terlalu rumit. Bahan-bahan tersebut boleh dikatakan sememangnya sudah ada di simpanan barang-barang keperluan dapur anda semua.

Hanya memerlukan beberapa bahan tersebut bonda telah membuat sajian untuk dijadikan santapan petang bersama keluarga yang sangat enak sekali. Disebabkan itu, penulis ingin berkongsikan resipi ini kepada anda semua untuk di cuba di rumah nanti.

Anda hanya perlu melihat antara bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya dibawah ini sahaja untuk mengetahui apakah resipi yang ingin penulis kongsikan bersama anda.


Bahan-bahan :
10 keping roti
1 tin sardin kecil
1 ulas bawang besar - dihiris & dicincang halus
1 biji telur
Sedikit serbuk roti oren
Bahan-bahan dikisar :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
Sedikit minyak masak



Cara menyediakan:
1. Tumiskan bahan kisar dan masukkan sardin yang telah dihancurkan.

2. Kacau rata dan masukkan bawang cincang.

3. Masak sehingga garing.
4. Ambil roti letakkan sardin ditengah-tengahnya.

5. Kemudian kepitkan dengan acuan karipap.
6. Celupkan roti di dalam adunan telur.
7. Salut roti dengan serbuk roti oren.

8. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Sebagai info tambahan anda semua boleh mempelbagaikan bentuk mengikut citarasa anda sekalian.

Baiklah bagaimana anda semua berasa adakah ianya terlalu rumit dan sukar untuk dihasilkan sudah semestinya tidak bukan kerana  ia amat mudah dan pantas seperti yang penulis beritahu sebelum ini. Sebelum penulis akhiri penulisan ini, ingin penulis memberitahu nama resipi kudapan petang ini ialah "Roti Sardin Goreng Mak". Diharapkan anda semua dapat mencubanya dirumah nanti.
Posted by semudah itu sahaja at 22:04
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kuih Muih

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Graduation tickers

Maklumat Tambahan

Hargai Masa

Anda Adalah Pelawat Ke-
Jadilah Pertama yang "LIKE"
Chef Syamin Ismail
Cik Syamin Ismail

Reka Lencana Anda

Peminat Setia

Makmasaksedap Crew

Get tutorial here

Perkongsian Pintar

Catatan Popular

get this widget here

Pelawat

free counters

Labels

Biskut (3) Info Tambahan (5) Kek (1) Kuih Muih (3) Masakan Jawa (2) Minuman (1) Nukilan Pena (1) Petua Dapur (4) Sayuran (3)

Catatan Harian

Jumlah Post & Komen

get this

Blog-Blog Saya

  • 9W2VSI
    Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram - Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanak...
    12 years ago
  • Jus Klik Klik Jew
    Cara Letak Kod HTML/javascript Di Blog - Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog...
    13 years ago
..
© 2011 Mak Masak Sedap. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.