Bagi resipi sayuran yang ingin penulis kongsikan bersama anda pula pada kali ini adalah berkenaan masakan sayur campur. Kedengaran agak biasa kita dengari akan masakan ini tetapi tidak semua dikalangan anda mengetahui cara membuatnya. Oleh itu, atas desakan bonda penulis maka, penulis cuba untuk mengetengahkan resipi ini untuk anda semua. Selari dengan masakan bonda penulis yang akan mempelbagaikan citarasa dan warna dengan masakan sayuran campur ini agar ia tidak kelihatan statik dan sama sahaja.
Untuk itu bonda telah menyuntikkan sajian ini ala-ala citarasa jawa sedikit agar masakan tersebut akan berasa lebih sedap, enak dan lazat dimakan tidak terkecuali kepada kanak-kanak yang susah untuk makan sayuran misalnya.
Oleh itu, anda boleh melihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara menghasilkannya dibawah ini.
Bahan-bahan :
- 200 gm udang
- 150 gm cendawan tiram
- 100 gm asparagus
- 1/2 batang lobak merah - dihiris bentuk bunga
- 100 gm jagung muda
- 1 biji cili benggala merah - dipotong memanjang
- 1 biji cili benggala hijau - dipotong memanjang
- 1 biji cili benggala kuning - dipotong memanjang
- 2 ulas bawang putih - dicincang
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 3 sudu besar air
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 2 sudu besar air)
- 3 sudu besar minyak masak
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih yang dicincang.
3. Masukkan udang dan kesemua jenis sayur.
4. Masukkan pula sos tiram, minyak bijan, air, lada sulah, garam dan gula.
5. Kacau hingga rata.
6. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung.
7. Kacau hingga rata lagi.
8. Angkat dan bolehlah dihidangkan.
Penulis berharap anda semua dapat menikmati masakan ala-ala jawa ini dengan gembira dan seronok setelah berjaya menghasilkannya. Sekian sahaj daripa penulis.

No comments:
Post a Comment