Untuk resipi pada kali ini penulis rasa ingin berkongsikan resipi biskut raya yang sentiasa menjadi kegemaran oleh semua masyarakat. Ini kerana setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri bonda tidak terlepas daripada membuat biskot tersebut kerana ia sangat sedap dan di gemari ramai orang. Lantas ia menjadi satu juadah biskut yang wajid ada pada pagi raya.
Walaupun menghasilkan biskut ini agak merumit tetapi hasil pulangan setelah selesai membuatnya adalah sangat berbaloi dan jika dipasarkan ia sangat mendapat tempat di kalangan pembeli. Oleh itu, tidak salah rasanya jika penulis ingin memberikan resipi ini kepada anda semua walaupun sekarang bukan hari raya kerana biskut raya pada hari ini tidak perlu menanti untuk mendapatkannya sebab ia boleh didapati pada bila-bila masa sahaja di pasaraya besar mahupun kedai runcit.
Biskut yang penulis maksudkan ini adalah "Biskut Almon London HanMiza". Mengapa ia diberi nama HanMiza kerana ia adalah resipi biskut ciptaan bonda dan terhasilnya nama tersebut hasil daripada gabungan nama bonda dan ayahanda penulis. Untuk itu, penulis telah menyenaraikan antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya.
Biskut yang penulis maksudkan ini adalah "Biskut Almon London HanMiza". Mengapa ia diberi nama HanMiza kerana ia adalah resipi biskut ciptaan bonda dan terhasilnya nama tersebut hasil daripada gabungan nama bonda dan ayahanda penulis. Untuk itu, penulis telah menyenaraikan antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya.
Bahan-bahanya ialah :
Bahan-bahan ini cukup untuk menghasilkan 2 Doh :
- 2 Ketul ButterCup (Bran ButterFly)
- 6 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan Tepung Kek / Tepung Biskut
- 1 Cawan Gula Hangus
- 3 Biji Kuning Telur
- 2 Camcha Teh Perisa Vanila
- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1 Camcha Teh Baking Powder
A) Almon London
- Pukul Butter+Gula+Telur+Vanila+Baking Powder sehingga sebati.
- Masukkan Tepung Gandum+Tepung Jagung+Tepung Biskut.
- Bila sudah menjadi "Doh" Kepalkan ia berbentuk bujur atau bulat dan intikan buah badam (sebiji atau separuh).
- Sebelum di intikan dengan buah badam hendaklah dibakar didalam oven.
- Kemudian bakar di Oven sehingga masak.
- Setelah selesai bakar sejukkan ia sebentar.
- Cooking Coklat Beku 2 ketul
- Masak air didalam periuk atau kuali.
- Kemudian masukan 2 ketul coklat kedalam bekas still/periuk kecil.
- Hangatkan coklat itu tadi di air yang mendidih dikuali dan kacau sehinnga cair (sebati).
- Setelah selesai membuat Almon London dan masukkan kedalam adunan coklat yang telah dicairkan itu tadi.
- Celup satu persatu jika mahukan Almon London itu mempunyai coklat yang banyak (baru sedap).
- Selepas siap celup masukkan Almon London kedalam Cup kertas seperti gambar diatas.
- Kemudian taburkan Badam yang telah dicincang seperti gambar diatas.
- Akhir sekali sejukkan sebentar sebelum disimpan atau dihidangkan kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment