-->
Mudah, Cepat & Sedap


Create by CSI Art
  • Home
  • Pengenalan
  • Masakan Jawa
  • Sayuran
  • Info Tambahan
  • Penulis Pena

Sunday, 6 November 2011

1. Penulisan Pertama


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia diucapkan kepada anda semua kerana sudi melawat blog penulis ini. Setelah sekian lama menantikan sebuah blog yang khusus berkaitan tentang dunia masakan yang telah di cetuskan idea tersebut oleh bonda penulis. Oleh sebab itu, penulis cuba menghasilkan sebuah blog yang akan memberikan panduan dan resipi-resipi masakan yang telah dihasilkan oleh bonda penulis untuk di kongsikan bersama anda semua dengan harapan agar anda semua dapat mencuba sesuatu yang baru untuk dijadikan hidangan buat anda ataupun keluarga anda semua.

Sememangnya sebelum ini terdapat sahabat-sahabat penulis sering bertanya apakah rahsia masakan bonda penulis hasilkan begitu sedap sehingga mereka semua mahukan resipi tersebut. Justeru itu, penulis akan berkongsikan antara masakan bonda yang sering menjadi pilihan buat keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan tetamu yang datang ke rumah penulis samada diwaktu perayaan ataupun hari biasa.

Memasak salah satu aktiviti yang sangat menyeronokan jika masakan yang kita hasilkan dapat memuaskan hati dan selera tetamu yang makan makanan tersebut. Ini kerana ia akan membuatkan hati orang yang memasak makanan tersebut berasa sangat gembira melihat semua makan yang di masak habis di makan.

Oleh itu, penulis berharap dengan adanya perkongsian ini dapat memberikan ilmu masakan yang baru buat anda semua samada daripada kalangan oarang dewasa ataupun remaja kerana memasak ini merupakan sesuatu yang mudah untuk disediakan dengan syarat di dapur anda mempunyai bahan-bahan masakan yang mencukupi untuk di masak nanti.

Tuntasnya, penulis akan memberikan sebanyak mungkin resipi-resipi masakan bonda buat anda semua. Oleh itu, diharapkan anda semua akan sentiasa mengikuti setiap entri-entri blog penulis ini dari masa ke semasa. Sebagai pengenalan untuk penulisan pertama penulis ini cukup sampai disini sahaja catatan untuk dijadikan tatapan anda semua. Jika anda mahukannya lagi sila nantikan entri penulis yang akan datang. Sekian daripada penulis Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.
Posted by semudah itu sahaja at 20:25
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Nukilan Pena

No comments:

Post a Comment

Newer Post Home
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Graduation tickers

Maklumat Tambahan

Hargai Masa

Anda Adalah Pelawat Ke-
Jadilah Pertama yang "LIKE"
Chef Syamin Ismail
Cik Syamin Ismail

Reka Lencana Anda

Peminat Setia

Makmasaksedap Crew

Get tutorial here

Perkongsian Pintar

Catatan Popular

get this widget here

Pelawat

free counters

Labels

Biskut (3) Info Tambahan (5) Kek (1) Kuih Muih (3) Masakan Jawa (2) Minuman (1) Nukilan Pena (1) Petua Dapur (4) Sayuran (3)

Catatan Harian

Jumlah Post & Komen

get this

Blog-Blog Saya

  • 9W2VSI
    Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram - Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanak...
    12 years ago
  • Jus Klik Klik Jew
    Cara Letak Kod HTML/javascript Di Blog - Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog...
    13 years ago
..
© 2011 Mak Masak Sedap. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.