Juadah yang paling sesuai untuk dimakan ketika waktu petang saat beriadah bersama keluarga di halaman rumah adalah juadah yang mudah, cepat dihasilkan tetapi sedap untuk dimakan ketika masih panas-panas.
Oleh itu, penulis pun berfikir sejenak apakah makanan kudapan petang itu yang dimaksudkan oleh bonda penulis. Lantas penulis hairan melihatkan bahan-bahan yang bakal dimasak oleh bonda pada petang itu kerana kelihatan ianya terlalu mudah dan tidak terlalu rumit. Bahan-bahan tersebut boleh dikatakan sememangnya sudah ada di simpanan barang-barang keperluan dapur anda semua.
Hanya memerlukan beberapa bahan tersebut bonda telah membuat sajian untuk dijadikan santapan petang bersama keluarga yang sangat enak sekali. Disebabkan itu, penulis ingin berkongsikan resipi ini kepada anda semua untuk di cuba di rumah nanti.
Anda hanya perlu melihat antara bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya dibawah ini sahaja untuk mengetahui apakah resipi yang ingin penulis kongsikan bersama anda.
Bahan-bahan :
10 keping roti
1 tin sardin kecil
1 ulas bawang besar - dihiris & dicincang halus
1 biji telur
Sedikit serbuk roti oren
1 tin sardin kecil
1 ulas bawang besar - dihiris & dicincang halus
1 biji telur
Sedikit serbuk roti oren
Bahan-bahan dikisar :
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
Sedikit minyak masak
1 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
Sedikit minyak masak
Cara menyediakan:
1. Tumiskan bahan kisar dan masukkan sardin yang telah dihancurkan.
2. Kacau rata dan masukkan bawang cincang.
3. Masak sehingga garing.
2. Kacau rata dan masukkan bawang cincang.
3. Masak sehingga garing.
4. Ambil roti letakkan sardin ditengah-tengahnya.
5. Kemudian kepitkan dengan acuan karipap.
5. Kemudian kepitkan dengan acuan karipap.
6. Celupkan roti di dalam adunan telur.
7. Salut roti dengan serbuk roti oren.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Sebagai info tambahan anda semua boleh mempelbagaikan bentuk mengikut citarasa anda sekalian.
Baiklah bagaimana anda semua berasa adakah ianya terlalu rumit dan sukar untuk dihasilkan sudah semestinya tidak bukan kerana ia amat mudah dan pantas seperti yang penulis beritahu sebelum ini. Sebelum penulis akhiri penulisan ini, ingin penulis memberitahu nama resipi kudapan petang ini ialah "Roti Sardin Goreng Mak". Diharapkan anda semua dapat mencubanya dirumah nanti.
No comments:
Post a Comment