-->
Mudah, Cepat & Sedap


Create by CSI Art
  • Home
  • Pengenalan
  • Masakan Jawa
  • Sayuran
  • Info Tambahan
  • Penulis Pena

Tuesday, 8 November 2011

10. Sayur Campur Jawa Mak



B
agi resipi sayuran yang ingin penulis kongsikan bersama anda pula pada kali ini adalah berkenaan masakan sayur campur. Kedengaran agak biasa kita dengari akan masakan ini tetapi tidak semua dikalangan anda mengetahui cara membuatnya. Oleh itu, atas desakan bonda penulis maka, penulis cuba untuk mengetengahkan resipi ini untuk anda semua. Selari dengan masakan bonda penulis yang akan mempelbagaikan citarasa dan warna dengan masakan sayuran campur ini agar ia tidak kelihatan statik dan sama sahaja.

Untuk itu bonda telah menyuntikkan sajian ini ala-ala citarasa jawa sedikit agar masakan tersebut akan berasa lebih sedap, enak dan lazat dimakan tidak terkecuali kepada kanak-kanak yang susah untuk makan sayuran misalnya.

Oleh itu, anda boleh melihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara menghasilkannya dibawah ini.

Bahan-bahan :
  • 200 gm udang
  • 150 gm cendawan tiram
  • 100 gm asparagus
  • 1/2 batang lobak merah - dihiris bentuk bunga
  • 100 gm jagung muda
  • 1 biji cili benggala merah - dipotong memanjang
  • 1 biji cili benggala hijau - dipotong memanjang
  • 1 biji cili benggala kuning - dipotong memanjang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 2 sudu besar air)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara menyediakan :
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih yang dicincang.
3. Masukkan udang dan kesemua jenis sayur.
4. Masukkan pula sos tiram, minyak bijan, air, lada sulah, garam dan gula.
5. Kacau hingga rata.
6. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung.
7. Kacau hingga rata lagi.
8. Angkat dan bolehlah dihidangkan.



Penulis berharap anda semua dapat menikmati masakan ala-ala jawa ini dengan gembira dan seronok setelah berjaya menghasilkannya. Sekian sahaj daripa penulis.
Posted by semudah itu sahaja at 22:45
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Sayuran

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Graduation tickers

Maklumat Tambahan

Hargai Masa

Anda Adalah Pelawat Ke-
Jadilah Pertama yang "LIKE"
Chef Syamin Ismail
Cik Syamin Ismail

Reka Lencana Anda

Peminat Setia

Makmasaksedap Crew

Get tutorial here

Perkongsian Pintar

Catatan Popular

get this widget here

Pelawat

free counters

Labels

Biskut (3) Info Tambahan (5) Kek (1) Kuih Muih (3) Masakan Jawa (2) Minuman (1) Nukilan Pena (1) Petua Dapur (4) Sayuran (3)

Catatan Harian

Jumlah Post & Komen

get this

Blog-Blog Saya

  • 9W2VSI
    Amalan Hari Terakhir Tahun Hijrah dan Awal 1 Muharram - Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanak...
    12 years ago
  • Jus Klik Klik Jew
    Cara Letak Kod HTML/javascript Di Blog - Apabila memasuki dunia blogging, antara perkara yang tidak dapat dielakkan adalah untuk menghias blog sendiri. Terdapat beberapa cara untuk menghias blog...
    13 years ago
..
© 2011 Mak Masak Sedap. Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.